Terdapat beberapa pandangan mengenai penggunaan gear auto dan manual :
Gear auto
- Ianya lebih senang untuk dikawal. Tidak kelam kabut, lebih santai, ringkas, dan memudahkan. Kemudahan untuk meletakkan kereta di tempat parking lebih senang. Hal ini kerana apabila ingin melakukan reverse, gear auto lebih memudahkan anda.
- Gear auto tidak perlu pergerakan kaki yang banyak. Hanya menggunakan kaki kanan, pedal brek dan minyak dapat dikawal. Pendek kata kaki kanan banyak memainkan peranan penting untuk mengawal kedua-dua pedal. Gear akan ditukar secara automatik bergantung kepada kelajuan kereta, jadi gear tidak mudah rosak.
- Penukaran gear secara automatik membabitkan pengunaan minyak yang agak boros. Maka untuk pengguna kereta auto, anda dinasihatkan untuk melepaskan minyak seketika bila sudah terasa gear dah ditukar.
- Kereta auto kurang pikap kerana perlu mengambil masa untuk tukar gear secara auto.Sesuai digunakan di kawasan bandar yang selalu sesak atau jalan yang sesak seperti di KL. Hal ini kerana ianya memudahkan pemanduan, hanya perlu kawal minyak, sistem brek dan stereng sahaja sudah memadai.
- Sistem brek kereta auto agak 'menerkam', jadi perlu brek dengan berhati-hati. Pelapik brek kereta auto di hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali
- ganda cepatnya). Pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
- Kos penyelengaraan bagi penggunaan kereta auto lebih tinggi berbanding dengan kereta manual, terutamanya jika berlaku kerosakan pada gear box. Tetapi auto amat mudah untuk dijaga dan diselenggara.
- Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, cuma gunakan D dan bila memotong, gunakan overdrive button. Sekiranya kereta anda tidak mempunyai overdrive button (kereta berjenama Wira 1.3, 1.5 , dan Kancil), anda perlu menerima hakikat bahawa kereta anda tidak boleh dipandu secara agresif. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 manakala apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita matikan overdrive button. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta).
- Kereta jenis ini biasanya dipandu oleh golongan lelaki. Sesuai untuk sesiapa yang minat untuk memecut, iaitu mereka yang suka keseronokan dan cabaran. Hal ini kerana anda boleh mengetahuikeupayaan kaki dan tangan untuk mengawal pedal klac, brek, minyak dan stereng kereta.
- Penggunaan gear manual memerlukan masa untuk anda yang baru hendak belajar memandu. Kadang-kadang memasukkan gear pada kelajuan yang tidak sesuai boleh menyebabkan kerete mudah rosak. Kalau tidak pandai seimbangkan klac dan minyak menyebabkan enjin mati banyak kali, lebih-lebih lagi ketika naik bukit.
- Pengguna kereta manual untuk perjalanan jauh atau di lebuhraya lebih seronok.
- Dari segi keselamatan, apabila berlaku brek kecemasan, gear manual boleh dikawal tapi bagi gear auto, susah kerana kawalan bukan pada pemandu. Sebagai contoh, jika meredah air menggunakan gear rendah, bagi kenderaan ringan seperti Atoz mahupun Wira boleh mengakibatkan hilang kawalan dan terbabas.
- Bila bateri kereta lemah, kereta boleh ditolak beramai-ramai dengan menekan clucth kemudian masuk gear satu, melepaskan pedal klac dengan itu kereta boleh dihidupkan.
Cara untuk mengelakkan dari enjin mati setelah gear dimasukkan :
- Jangan angkat pedal klac secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telah stabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal klac dilepaskan dengan perlahan.
- Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun
- dibawah 30km, tekan pedal klac dulu baru tekan pedal brek, untuk mengelakkan anda kelam-kabut kerana anda kurang mahir.
- Apabila kereta berhenti pastikan tekan pedal klac sehingga jejak ke lantai dan pedal brek. Sebelum mengangkat kedua-dua kaki, anda wajib membebaskan gear dahulu dan tarik brek tangan atau tarik brek tangan dan bebaskan gear.
AAP - Namun terserahlah kepada keserasian keselesaan anda untuk memandu kereta gear auto atau manual. Semuanya ada kelebihan tersendiri. Sebaiknya kita memperlajari kedua-duanya. Namun terkadang keselesaan tetap bergantung kepada keserasiannya. Bagi saya lebih meminat pada gear manual mudah dan kos penyelenggaranya mungkin rendah sedikit sekiranya berlaku kerosakan. Lebih utama jika gear kereta auto jika rosak, kereta tersebut sudah tidak boleh bergerak lagi. Berbanding gear kereta manual mungkin ianya masih mampu untuk bergerak.
Wassalam, Wa'allahhualam.
No comments:
Post a Comment